Misi bantuan mangsa banjir di Kuala Krai dan Manik Urai Kelantan

Misi bantuan mangsa banjir di Kuala Krai dan Manik Urai Kelantan

Yayasan Ar-Raudhah telah berkerjasama dengan Surau Al Madani di Bandar Baru Bangi untuk bersama-sama berganding bahu membantu mangsa banjir di Kuala Krai dan Manik Urai Kelantan.  Bantuan memfokuskan kepada membaiki surau dan masjid, member bantuan uniform sekolah serta pengagihan barangan berupa makanans eperti beras, tepung, gula, makanan segera dalam tin, barang keperluan harian seperti sejadah, pakaian dan air mineral. Misi pertama  berlangsung pada 5 &6 January 2015 dan misi kedua pada 14 & 15 February 2015.

Aktiviti yang di jalankan adalah seperti berikut:

  1. Membaiki Surau SMK Laloh, Manik Urai berjumlah RM35,000
  2. Mengganti bumbung dan membina pagar masjid Manik Urai lama  bernilai Rm50,000
  3. Membina semula surau Al Madani 2, Kg Biak bernilai Rm25,000
  4. Membaiki sekolah Pasti Cawangan Kemubu bernilai RM10,000
  5. Membaiki ruang solat tambahan Masjid Mukim Kuala Gris , Kuala Krai bernilai RM 10,000

 

Leave a Reply

COPYRIGHT © 2015 YAYASAN AR-RAUDHAH. ALL RIGHTS RESERVED.
Make a Donation
Paybal button