
Projek Tsunami Aceh
-
October 06, 2015
| -
By admin
| -
no comment
|
Peristiwa musibah Gempa dan Tsunami yang melanda Aceh pada 26 Disember 2004 sangat memilukan yang membuat keadaan Aceh teruk terjejas. Bencana dahsyat ini mengundang simpati dari berbagai negara di seluruh penjuru dunia, bantuan datang ke Aceh baik dari dalam atau luar negeri. Semuanya bersatu memberikan yang terbaik untuk Aceh termasuk lah Yayasan Ar-Raudhah.
Yayasan Ar-Raudhah berkerjasama dengan PKPU Indonesia serta Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) telah mengumpul kananak-kanak yatim mangsa tsunami, yang kemudiannya dikumpulkan dalam sebuah pondok yang pada awal nya di kenali sebagai “Tsunami orphan House” yang kemudian nya di namakan Pondok Yatim ArraudhahTahfidz Al Quran.
Diawal pendirian Pondok Yatim iaitu pada10 September 2005, seramai 30 kanak-kanak perempuan ditampung dan mula melakukan aktiviti separa tahfidz Quran. Pada Julai 2006 20 kanak-kanak lelaki telah diterima ke pondok ini. Sistem belajar yang masih semi tahfidz dimana pada siang mereka menghadiri sekolah biasa dan malam harinya mereka hafalanqur’an, ternyata kurang berkesan. Menyedari hakikat ini, pada 1 July 2011 Pondok Yatim ini mengubah system kepada memfokus pada tahfidzulqur’an dan pembelajaran akademik biasa dijalankan dalam lingkungan pondok. Kini seramai 60 kanak-kanak yatim yang mengikuti program di pusat ini.