
Bantuan Kemanusiaan di Kemboja
-
November 20, 2015
| -
By admin
| -
no comment
|
Sejak tahun 2009, Yayasan Ar-Raudhah telah memulakan program misi kemanusian di Kemboja yang bertumpu disekitar wilayah Pursat. Wilayah Pursat yang jauhnya lebih kurang 250km dari Phnom Penh mempunyai penduduk islam berjumlah lebih kurang 500,000 orang. Bantuan kemanusiaan ini melibatkan 12 kampung islam yang telah banyak memberi menfaat kepada surau-surau, penduduk miskin dan juga pelajar-pelajar untuk menjalani pembelajaran mereka.
Selain daripada bantuan kemanusian tersebut, Yayasan Ar-Raudhah juga telah menjalankan program memperkasakan masjid dan surau di wilayah ini. Ini termasuk memberi bantuan bulanan membayar gaji 1 imam dan 1 orang guru agama bagi menjalankan aktiviti agama dan kelas farduain di 12 buah masjid.
Yayasan juga telah menyediakan kemudahan bersuci, membaiki system penguat suara, bekalan letrik melalui system tenaga solar dibeberapa buah masjid. Selain itu Yyaasan juga telah membeli sebidang tanah untuk tanah perkuburan islam di wilayah Pursat, Kemboja.
Recent Comments