Pondok Tahfidzul Quran Ar-Raudhah, Medan

Pondok Tahfidzul Quran Ar-Raudhah, Medan

Pondok Tahfidzul Quran Ar-Raudhah, Medan bermula pada tahun 2005 di Padang, Indonesia dengan 11 orang pelajar di sebuah rumah di kota Padang, Sumatera Barat. Kesemua pelajarnya terdiri dari anak yatim dan orang miskin. Pada August 2007, operasinya berpindah ke kota Medan, Sumatera Utara dan akhirnya menempati bangunan sendiri disebuah kampong tidak jauh dari Lapangan terbang Kuala Namu iaitu di Dusun Jogja, Desa Sidodadi, Kacamatan Beringin, Kabupaten Deli Serdang, Medan, Indonesia pada  1 Mar 2005.

Maahad Tahfidz Quran cawangan Medan yang dikelola oleh Ustad Hadi Kiram telah menghasikan para hafizan dan beberapa muridnya telah memenangi banyak kejuaraan dalam banyak pertandingan. Contohnya mereka telah memenangi Musabaqah Tilawatil Quran (MTQ) tahun 2012 peringkat Sumatera Utara  bertempat di Kotamadya Medan pada 12 march 2012.Pada pertandingan tersebut, PondokTahzfidzul Quran ArRaudhah, Medan telah Berjaya merangkul johan bagi kesemua kategori yang di tandigininya iaitu hafalan 30 juzuk, 20 juzuk dan 10 juzuk. Kini madrasah ini menampung seramai 35 pelajar laki-laki.

 

 

COPYRIGHT © 2015 YAYASAN AR-RAUDHAH. ALL RIGHTS RESERVED.
Make a Donation
Paybal button