
Projek Pertanian di Wilayah Pursat, Kemboja
-
November 20, 2015
| -
By admin
| -
no comment
|
Salah satu projek ekonomi yang dijalankan oleh Yayasan Ar-Raudhah adalah projek pertanian di wilayah Pursat, Kemboja. Ia di jalankan pada tahun 2013 bersama UPM yang melibatkan 30 mahasiswa dan pakar pertanian untuk membantu penduduk mengenai teknik dan pengetahuan dalam bidang pertanian mengunakan teknologi terkini. Antara latihan yang di jalankan adalah latihan membuat baja kompos yang boleh di ekstrak daripada sisa dapur, najis haiwan dan jerami. Selain daripada itu penduduk setempat di ajar menanam sayur-sayuran seprti kacang panjang, cili, petola dsb. Matlamat nya adalah mengajar menjadi kan pertanian sebagai sumber ekonomi untuk menambah pendapatan masing-masing selain untuk kegunaan sendiri. Dengan demikian sayur sayuran ini boleh meningkatkan pengambilan zat makanan oleh penduduk terutama golongan kanak kanak. Aktiviti yang dijalankan ini telahpun mendapat liputan khas dari media Buliten Utama TV3 yang telah menyiarkan pogram ini pada Jun 2013.
Susulan daripada projek pertanian bersama UPM, usaha juga telah dibuat untuk menghasilkan cendawan yang melibatkan 50 orang peserta dari kalangan penduduk islam kemboja. Yayasan telah berkerjasama dengan sebuah NGO di Kemboja untuk melatih serta melaksana projek penanaman cendawan di 10 buah kampung di wilayah Pursat, Kemboja
Recent Comments