Program Qurban 1437H di Pursat, Kemboja

Program Qurban 1437H di Pursat, Kemboja

Pada 13-15 September 2016 Yayasan Arraudhah telah melansungkan Program Qurban Nusantara di Pursat, Kemboja.  Program ini merupakan program tahunan yang di jalan sejak tahun 2017. Seperti pada tahun tahun lepas, Yayasan Arraudhah berkerjasama dengan BIT Group dan surau-surau di sekitar Bandar Baru Bangi untuk menjalankan ibadah Qurban tahun hijrah 1437.  Pada tahun ini surau-surau yang mengambil bahagian adalah Surau Al Madani, Surau Arraudhah,  Surau Annur, Surau Assobah dan  Surau Damai. Keseluruhan lembu yang di sembelih adalah 85 ekor yang di agihkan kepada 25 kampung kampung di sekitar Pursat. Di samping ibadat program Qurban, Yayasan Arraudhah bersama di BIT Group dan surau-suaru sekitar Bandar Baru Bangi telah menjalankan kutipan berbentuk wang kain sarung,  al-quran dan buku agama yang telah di agihkan kampung-kampung di sekitar Pursat. Rombongan Program Qurban di ketuai oleh En  Mohd Azam Khamis dan di sertai oleh wakil-wakil dari BIT Group, Surau Madani, Surau Damai, Surau Arraudhah, Suaru Annur dan Surau Assobah.

 

COPYRIGHT © 2015 YAYASAN AR-RAUDHAH. ALL RIGHTS RESERVED.
Make a Donation
Paybal button