Sambutan 10 Tahun Pondok Yatim Ar Raudhah Lhoksemawe, Acheh

Sambutan 10 Tahun Pondok Yatim Ar Raudhah Lhoksemawe, Acheh

Tanggal  10 September 2015 , Pondok Yatim Arraudhah Lhoksemawe, Acheh telah genap 10 penubuhan nya. Ia di tubuhkan pada 10 September  2005 dengan nama “Tsunami Orphan House”  sebagai projek bantuan kemanusian bersama dengan BIT Sdn Bhd untuk membantu mangsa tsunami acheh yang berlaku pada 24 hb Dec 2004. Selain daripada mangsa yatim tsunami, terdapat nya anak anak yatim dari mangsa konflik GAM.  Pada akhir tahun 2006, bentuk pengelolaan di tukar kepada program pengajian tahfiz dan nama pondok ini di tukar nama nya kepada Pondok Yatim Ar-Raudhah Lhokseumawe. Daripada menjadi tempat penempatan mangsa tsunami kepada 24 orang anak yatim tsunami, kini Pondok Yatim Arraudhah Lhoksemawe telah berkembang menjadi tempat menyediakan anak yatim  untuk lebih bersedia menghadapi  kehidupan dunia dan akhirat kepada lebih 100 ratus anak yatim dan miskin dari seluruh Aceh.

Dalam menjayakan program ini, Yayasan Arraudhah telah berkerjasama dengan    3 badan  lain iaitu PKPU Indonesia, ISMA Malaysia dan  BIT Malaysia. Selain itu  pondok ini juga banyak mendapat  sumbangan dari organisasi dari Malaysia seperti Bakit, MMU dan surau-surau di Bangi  serta  bantuan pihak kerajaan dan NGO dari Indonesia. Hasil kerjasama ini pondok ini telah berkembang pembinaan nya sehingga boleh  menampung seramai  250 penghuni.

Sambutan 10 tahun Pondok yang di sambut pada 10 Dec sehingga 11 Dec 2015 telah di hadiri oleh wakil wakil Walikota Lhoksemawe(termasuk wakil kerajaan, polis dan tentera) , rombongan Yayasan Arraudhah, rombongan BIT Group, rombongan Yayasan Ikhlas, rombongan PKPU, rombongan TV Al Hijrah, keluarga pelajar  dan penduduk setempat.

 

 

 

 

 

 

 

COPYRIGHT © 2015 YAYASAN AR-RAUDHAH. ALL RIGHTS RESERVED.
Make a Donation
Paybal button