Profil Yayasan Ar-Raudhah
Latar Belakang
Yayasan ArRaudhah (No Pendaftaran: 529629-X), yang dahulunya dikenali sebagai Tabung Kemanusiaan Nusantara, adalah sebuah yayasan yang didaftarkan dibawah Akta 1965, ROC Malaysia. Tabung ini bermula dengan sebuah dana yang menyumbang kepada mereka yang tidak berkemampuan dan miskin di seluruh Nusantara. Pada tahun 2004, tabung ini te;ah terlibat dalam menjalankan usaha memberi bantuan kepada mangsa tsunami di Acheh. Usaha ini telah berkembang hingga kini kepada penubuhan sebuah rumah penempatan anak yatim tsunami “Tsunami Orphan House” yang kemudian nya dinamakan Pondok Yatim Arraudhah Tahfidz Al Quran di Lohkseumawe yang menyediakan kemudahan persekolahan termasuk pembelajaran tahfizul Quran serta penjagaan yang lengkap kepada anak-anak yatim mangsa tsunami Acheh. Kesinambungan dari pengalaman di Acheh telah memberi kesedaran tentang keperluan untuk memperkemaskan lagi operasi bantuan kepada mereka yang di timpa musibah. Dari situ tercetus lah penubuhan sebuah yayasan untuk mengembangkan aktiviti-aktiviti di Nusantara dengan menjalankan program-program secara lebih tersusun dan bukan hanya dengan memberi sumbangan dalam bentuk wang ringgit sematamata. Selanjutnya, Yayasan ArRaudhah telah mengembangkan aktiviti nya di Indonesia dengan penubuhan sebuah Pondok Tahfidzul Quran di Padang pada bulan Mac 2005 yang kemudianya telah berpindah ke Medan.
Selain daripada program pendidikan dan sosial, Yayasan Arraudhah juga terlibat aktif dalam menjalankan aktiviti-aktiviti ekonomi dan dakwah. Aktiviti ekonomi dan dakwah banyak tertumpu di negara Kemboja di wilayah Pursat. Projek yang di jalankan termasuk diantaranya mengajar masyarakat miskin Kemboja teknik pertanian moden, projek perusahaan roti dan juga aktiviti dakwah kepada masyarakat islam yang Jahed yang tersasar akidahnya .
Untuk membiayai aktivitinya, Yayasan Arraudhah telah melabur dalam perniagaan yang di jalankan sejak tahun 2005. Penglibatan Yayasan ArRaudhah dalam pelaburan perniagaan ini telah membolehkannya menampung keseluruhan operasinya sehingga tidak bergantung kepada sumber kewangan luar. Yayasan ArRaudhah sentiasa menggiatkan usaha dalam pelaburan perniagaan dengan melabur secara aktif dipelbagai kegiatan ekonomi seperti ICT, pembinaan dan industri makanan.
Yayasan ArRaudhah juga bekerjasama dengan badan-badan NGO lain seperti kumpulan pelajar atau pasukan perubatan yang merupakan sebahagian dari komuniti sukarelawan atau penyedia jagaan untuk menambah bentuk bantuan yang boleh diberikan kepada mereka yang memerlukan.
Aktiviti aktiviti Yayasan Arraudhah boleh di bahagikan kepada 4 bidang:
- Sosial dan kemanusian
- Ekonomi
- Pendidikan
- Dakwah
Misi
Misi Yayasan Ar-RaudhahMemacu pembangunan komuniti prihatin kearah pembentukan ummah progresif berlandaskan pendekatan akhlak, ilmu dan amal
Visi
Visi Yayasan Ar-RaudhahMenjadi sebuah badan NGO yang lengkap dan bersepadu untuk menerajui program pembangunan ummah yang menyeluruh di Nusantara.
Ahli Organisasi
Yayasan Ar-Raudhah[tmm name=”struktur-organisasi”]